ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERETA TERBALIK LANGGAR POKOK

Sunday 20 July 2014

KERETA TERBALIK LANGGAR POKOK


Melaka: Seorang guru wanita bersama anak lelakinya berusia empat tahun menempuh detik cemas apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dan terbalik berhampiran rumah mereka di Taman Kerubong Perdana, Krubong di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Nissan Almera dipandu Siti Roshidah Sahar, 33, bersama anak bongsunya, Mohd Alif Firdaus, 4, hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum melanggar sebatang pokok dan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas. 

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalan pulang ke rumah selepas membeli barangan bagi persiapan Aidilfitri di Masjid Tanah, Alor Gajah.

"Kemalangan mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan berkenaan beberapa minit sebelum dibantu jiran, mereka bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan katanya mangsa hanya mengalami cedera ringan.
myMetro

No comments:

Post a Comment