ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MALAYSIA PUNYA ASAS KUKUH UNTUK MENGADILI PESALAH MH17 DI NEGARA INI

Wednesday 30 July 2014

MALAYSIA PUNYA ASAS KUKUH UNTUK MENGADILI PESALAH MH17 DI NEGARA INI

KUCHING: Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk membawa serta mengadili pesalah nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, 17 Julai lepas dibawah perutukan Peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa sekarang, seperti yang kita sedia maklum, setiap keluarga yang terlibat dengan tragedi penembakan jatuh pesawat MH17 mengalami perasaan sedih yang teramat sangat dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku di negara orang dan oleh itu mereka mengalami satu trauma yang "hopeless".

"Sebagaimana yang kita sedar, kerajaan kita akan menghantar peguam daripada pejabat Peguam Negara iaitu Attorney General untuk pergi ke Ukraine di kawasan yang bergolak di mana di bawah lingkungan bidang kuasa di pihak pemisah pada masa sekarang."

"Apa yang berlaku di kawasan sana ialah ada tiga pihak yang berkuasa dimana satu pihak pemisah yang mengawal secara diktaktor kawasan tersebut dan pada masa yang sama pihak Ukraine sebagai kerajaan yang merasakan kawasan itu adalah kawasan mereka."

"Kuasa yang ketiga adalah pengaruh dari pihak Russia, maka dalam keadaan sedemikian memang payah untuk mengatasi dari sudut undang-undang kerana secara prinsipnya mana-mana negara di dunia ini apabila mengubal undangundang, undang-undang itu digubal untuk dalam negara itu sendiri dan berlaku kepada warganegara mereka sendiri di dalam negara mereka sendiri."

"Jadi perkara ini telah berlaku kepada warganegara berbilang kaum seluruh dunia. Ini termasuk rakyat Malaysia yang mati terbunuh, kita punya kapalterbang telah ditembak jatuh. Nama baik negara kita juga tergugat. Kita sebenarnya yang menghadapi bencana."

"Tetapi tidak kurang juga apa yang berlaku di Belanda umpamanya, warganegara mereka yang teramai terbunuh," katanya sambil menambah jadi dalam keadaan sedemikian, undang-undang negara secara prinsipnya tidak dapat menangani sebab ia terpaksa ditangani oleh undang-undang di negara tersebut.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong ditemubual UnReportedNews™® secara ekslusif mengenai tindakan suslan kerajaan ke atas tragedi MH17 di rumah kediamannya di sini pagi tadi.

"Oleh kerana kita mewujudkan undang-undang Panel Kod tetapi ini belum lagi mencukupi. Itulah kenapa kerajaan mewujudkan undang-undang SOSMA, sebahagian daripadanya memberi garis panduan jenis-jenis kesalahan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan yang menjangkau sempadan iaitu dipanggil dalam istilah 'Extra-Terrestrial Law'."

"Ini bermakna kuasa di bawah undang-undang ini memberi kuasa pada mahkamah kita, memberi kuasa kepada municipla law dalam undang-undang antarabangsa iaitu undang-undang untuk negara kita sendiri boleh merangkumi kesalahan-kesalahan berlaku di luar negara."

"Dan membolehkan kalau ada kes dibawa ke mahkamah Malaysia umpamanya dengan sendirinya pihak peguam kepada orang yang dituduh tidak boleh membangkitkan isu bahawa kesahan itu telah berlaku di negara lain di bawah bidang kuasa yang lain jadi tidak boleh dibicarakan di negara kita."

"Dengan wujudnya undang-undang SOSMA ini membolehkan hakim mahkamah kita mendengar kes di negara Malaysia tetapi yang pentingnya ialah bersama kita hendak tahu  siapa yang melakukan kesalahan dahulu."

"Apabila sudah dikenalpasti siapa yang melakukan kesalahan dahulu, dari sudut undang-undangnya mesti diselesaikan masalah yang pertama ini iaitu kita mengetahui apa yang berlaku, siapa yang menembak jatuh. Yang kedua, di bawah undang-undang mana yang kita hendak bicarakan dia. Kita ada undang-undang yang tertentu."

"Selepas itu kita ada bukti-bukti yang mengikut garis panduan undang-undang 'ingredient'  (dalam bahasa Inggeris) yang tertentu menyatakan undang-undang ini telah dicabuli dibawah undang-undang ini dan bukti kita yang mencukupi dengan saksi yang ada."

"Tetapi malangnya, oleh kerana ia berlaku di negara orang lain, macam mana kita hendak membawa tertuduh ini ke negara kita? Jadi melainkan kita mempunyai yang dikatakan teliti diantara negara kita dan negara tersebut."

"Kalau kita tidak mempunyai "treaty" maka ada perjanjian dua hala negara tersebut dengan kita ataupun kuasa tempatan itu dengan negara kita yang membolehkan kita menangkap pesalah ini masuk ke kapal terbang kita secara formal dibawa ke negara kita ini."

"Jadi dalam keadaan sedemikian kalau dia telah dibawa ke negara kita ini dan dituduh di negara kita ini di bawah seksyen yang tertentu, dia mesti ada peguam pembela dan peguam tersebut tidak boleh membangkit soalan jurisdiction sebab ia diluar boundary Malaysia."

"Maka undang-undang SOSMA ini menghantar tertuduh ke Malaysia dan membawa ke mahkamah kita dibicara di sini mengikut garis panduan undang-undang kita."

Junaidi menerangkan dalam keadaan yang sedemikian, kita perlu mendapat kebenaran daripada authority setempat samaada bidang kuasa pemerintah ataupun bidang kuasa pihak Ukraine yang berkuasa ataupun dalam keadaan yang sedikit samar-samar sama ada ada pengaruh Russia membolehkan kita membawa orang ini balik dan dengan demikian, soalan bantahan daripada sudut undang-undang tidak akan berbangkit kalau orang-orang ini dibicarakan di Malaysia. 

"Dalam keadaan sedemikian apabila pesalah boleh dibawa dan dihukum mengikut undang-undang Malaysia, perasaan kecewa, trauma, kesedihan dan hopelessness kepada warga-warga mangsa yang memikirkan samaada kita mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk menuduh mereka ini tidak akan  berbangkit."

Maknanya keluarga yang kehilangan sedikit sebanyak berpuas hati kerana pesalah tersebut telah dapat di bawa ke mahkamah kita, kata Junaidi serta menambah dalam keadaan sekarang ini ia bukanlah semudah yang beliau  sebutkan tadi kerana pihak Belanda pun akan juga mungkin ingin membawa orang ini ke negera mereka mungkinkah mereka juga mempunyai undang-undang yang sama yang beliau sebutkan tadi iaitu 'Extra-Terrestrial Law'.

"Jika Belanda tidak mempunyai jadi the better choice adalah Malaysia. kerana Malaysia mempunyai pasaran undang-undang yang mencukupi untuk membicarakan orang ini kerana pihak peguam bagi pihak tertuduh tidak boleh membangkit soal kekurangan undang-undang dan pastal undang-undang membawa mereka ke Malaysia untuk dibicarakan." 

Apabila di tanya apakah pesalah tersebut (apabila sudah dikenalpasti) akan diekstradisi terus ke Malaysia, Junaidi menerangkan secara terperinci yakni proses ekstradisi ini mempunyai proses perundangan yang amat rumit sedikit kerana pelbagai warganegara negara-nagara lain seperti Indonesia, Singapura , Australia, Amerika Syarikat, Belanda dan banyak lagi yang juga telah menjadi mangsa korban MH17. 

"Jadi negara tersebut kalau tidak pun bangkit soalan mereka hendak bawa juga tertuduh ke negara mereka mungkin juga akan menghantar peguam mereka untuk melihat apa yang dikatakan 'Watching Brief', dalam perbicaraan di mahkamah estradisi itu membawa orang ini kalau Malaysialah memulakan kes membawa tertuduh ke Malaysia akan membuat 'watching brief' di mahkamah untuk mendengar bagi pihak negara mereka sendiri."

"Maka, kalau proses estradisi ini dibuat prosesnya akan lama dan jika kita lihat bahawa kes antarabangsa yang mana kes pemimpin kalau tidak salah saya dari Latin Amerika dahulu ditangkap di Paris hendak dihantar balik ke Latin Amerika itu makan masa yang panjang sekali, bertahun-tahun."

"Kes itu akhirnya habis  diputuskan kerajaan agar dia akhirnya boleh dihantar balik ke negara asal agar dibicarakan di negara mereka. Tetapi disini pun begitu juga. Oleh kerana 'Watching brief' ini banyak persoalan akan berbangkit di dalam mahkamah."

Yakin Malaysia mempunyai kekuatan yang sendiri dalam sudut pasarana undang-undang, Junaidi, pada pandangan peribadi beliau menyatakan Malaysia lebih berkepentingan dalam kerana kapal terbang, krew kapalterbang, termasuk syarikat kapal terbang dalam tragedi MH17 tersebut adalah milik Malaysia, maka, Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk membawa mereka ini ke negara ini. 

Ditanya selain daripada SOSMA, apakah tiada ruang yang lain untuk membawa pihak tertuduh ini ke mahkamah, Junaidi menerangkan, Mahkamah antarabangsa ini boleh juga diwujudkan kalau kita gagal membawa dia ke mahkamah kita seperti apa yang berlaku di negara Bosnia, bekas sebahagian Yugoslavia dulu dimana pemimpin Serbia dibawa ke mahkamah antarabangsa."

"Ini boleh diusul sebagai tindakan yang kedua tetapi pada saya, yang terbaik ialah di bawa ke mahkamah kita kerana saya cukup yakin mahkamah kita mempunyai perundangan yang jauh lebih teratur."

"Mahkamah antarabangsa ini, walaupun tidak menafikan kebaikan ia, tetapi ia tidak mempunyai undang-undang yang keras sebagaimana undang-undang di negara kita yang mana negara dunia telah membebaskan mereka sendiri daripada undang-undang bunuh, undang-undang mati dan sebagainya yang mana Malaysia masih mempunyai undang-undang yang sedemikian."

"Pada saya bukanlah menunjukkan saya ini "blood-thirsty" tetapi pembunuhan berlaku oleh kerana kejatuhan MH17 itu saya tidak ada melihat pengampunan yang boleh diberi kepada pihak tersebut."

"Mereka amat kejam dan menggunakan negara kita sebagai punching bag atau scape goat kepada geopolitik antarabangsa di kawasan sana. Jadi ini tidak boleh dibiarkan sebenarnya. Kalau ini dibiarkan berlaku (tertuduh) dunia akan melihat sebagai membolehkan geopolitik mengorbankan orang sesukahati dan ini diluar penerimaan manusia yang moden dan bertemadun."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment