ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAMAN RM300 KEPADA PEMANDU YANG MENGGUNAKAN LALUAN KECEMASAN

Thursday 17 July 2014

SAMAN RM300 KEPADA PEMANDU YANG MENGGUNAKAN LALUAN KECEMASAN


KUALA LUMPUR – Pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata kesalahan itu antara yang akan diutamakan oleh pihak berkuasa.

“Berdasarkan pengalaman, (apabila ada pemandu guna laluan kecemasan) kami mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi lain akan membuat rondaan di 60 lokasi ‘hotspot’ iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan serta menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Op Selamat 5/ 2014 Sempena Aidilfitri akan berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai 2014.

Bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’, Op Selamat itu memfokuskan keselesaan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment