ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JENAZAH DATUK SHARIFAH AINI SELAMAT DIKEBUMIKAN

Saturday 5 July 2014

JENAZAH DATUK SHARIFAH AINI SELAMAT DIKEBUMIKAN


PETALING JAYA –  Jenazah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari Sabtu.
Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kira-kira pukul 10 pagi.
Sejak pukul 7 pagi, rakan- rakan artis sudah pun menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.
Antara yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Siti Nurhaliza, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Datuk Hattan dan ramai lagi.
Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau ‘paru-paru berparut’.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.
Antara yang hadir pada majlis pengebumian jenayah Allahyarham Sharifah Aini.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.
Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya.
Mstar

No comments:

Post a Comment