ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BUDAK 1 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 5

Sunday 13 July 2014

BUDAK 1 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 5

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat lima rumahnya di Flat PKNS Seksyen 24, dekat sini, kelmarin.
Menurut sumber, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila mangsa, Muhamad Iman Qayyum@Abdullah dikatakan cuba mengambil alat permainan di atas bumbung balkoni, sebelum besi penghadang itu tiba-tiba patah menyebabkan dia menggelongsor jatuh ke bawah.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama ibunya di rumah.
“Mangsa jatuh dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Kejadian hanya disedari oleh salah seorang penghuni tingkat bawah yang terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh di hadapan rumahnya.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Jenazah kemudiannya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, semalam.
Sumber polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment