ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SESUATU TIDAK KENA DALAM PR !!!

Wednesday 10 December 2014

SESUATU TIDAK KENA DALAM PR !!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak pasti sama ada tiga parti dalam PR akan terus bersama dan bertahan sehingga PRU14 memandangkan masalah dalaman antara gabungan itu terus diperkatakan.

Kit Siang berkata, terdapat sesuatu yang tidak kena apabila pemimpin tertinggi PR tidak bermesyuarat selama enam bulan.

"Jika anda bertanya kepada saya, sama ada saya boleh mengatakan dengan tegas bahawa PR akan berjuang bersama-sama dalam PRU14, saya tidak boleh menjawab kerana saya sendiri tidak tahu.

"Ia tidak lagi menjadi rahsia bahawa ada perkara-perkara tidak berjalan dengan baik dalam PR.

"Inilah juga sebabnya mengapa Majlis Presiden PR tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan bagi mengesahkan dasar bersama PR dan prinsip konsensus yang merupakan dua prasyarat utama untuk menyelamatkan PR dan memulihkan keyakinan orang ramai," katanya yang dipetik daripada laman blognya, semalam.

Katanya, jika kerangka bersama PR dan konsensus ini dilanggar, contohnya seperti isu hudud, PR akan membayarnya dengan harga yang besar dalam konteks hilang undi popular, kerusi parlimen dan Dun dan yang paling penting kehilangan keyakinan rakyat.
DAP, jangan asyik salahkan Pas
SHAH ALAM - Pas menyifatkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai tidak wajar dan boleh melemahkan PR terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah parti gabungan, kejayaan atau kegagalan terletak kepada semua parti komponen dan bukan kepada satu parti sahaja.

“Tidak wajar kegagalan diletakkan di bahu Pas. Beliau tidak perlu menimbulkan isu mesyuarat PR tidak boleh diteruskan tanpa kehadiran seorang ahli. Ia masih boleh dijalankan seperti biasa.

“Sebelum ini pun, banyak kali mesyuarat diadakan, walaupun ada ahli tidak dapat hadir, sama ada daripada Pas, DAP atau PKR,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang perlu menghentikan serangan terhadap parti lain dalam PR atau menimbulkan polemik dalaman dan sebaliknya beliau patut fokus kepada isu rakyat.

No comments:

Post a Comment