ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS TAHAN BEKAS TEMAN LELAKI NUR FATHIAH UNTUK BANTU SIASATAN

Tuesday 9 December 2014

POLIS TAHAN BEKAS TEMAN LELAKI NUR FATHIAH UNTUK BANTU SIASATAN

Nor Fathiah Idris
Kuala Lumpur – Polis mengesahkan bekas teman lelaki wanita yang mengaku berkongsi gambar separuh bogelnya, ditahan untuk membantu siasatan.
Lelaki itu dikatakan berkongsi gambar Nur Fathiah Idris yang hanya memakai tuala di laman media sosial selepas memutuskan hubungan mereka.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman juga mengesahkan, polis merampas alat elektronik milik lelaki itu dan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan.
Pasangan kekasih dari Johor itu berpisah sejak dua bulan lalu.
Sebaik saja Nur Fathiah mendapati gambarnya disebarkan di Internet, dia terus membuat laporan polis.
Lelaki itu dikatakan menyebarkan gambar Fathiah di WeChat, aplikasi mesej dan pangilan percuma, dan memasukkan sekali nombor telefon Nur Fathiah.
Nur Fathiah memberitahu The Rakyat Post bekas teman lelakinya itu turut menggambarkan dirinya seorang yang romantik tetapi dia mengenali sisi buruk lelaki selepas rakan-rakan lain yang pernah ditipu, tampil memberitahunya.

No comments:

Post a Comment