ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LIMA MAUT NAHAS DALAM DUA KEMALANGAN DI LEBUHRAYA BUKIT JALIL & LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Tuesday 9 December 2014

LIMA MAUT NAHAS DALAM DUA KEMALANGAN DI LEBUHRAYA BUKIT JALIL & LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Dua Maut Nahas Di Lebuhraya Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran jalan susur ke Taman Teknologi Malaysia, di sini, petang tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan pada kira-kira 6 petang itu.

"Kereta itu kemudiannya telah memasuki jalan bertentangan dan merempuh kereta jenis Mazda 3 yang dibawa oleh seorang wanita sebelum kenderaan diseret beberapa meter di kawasan terbabit. Wanita (Mazda 3) itu cuma cedera ringan.

"Pemandu dan penumpang hadapan Proton Wira mengalami kecederaan parah manakala dua penumpang di belakang belakang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mati di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Anggota bomba dari Balai Bomba Bukit Jalil telah dikerahkan untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk.

Markandan berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. 
Bernama

Tiga Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Utara-Selatan 

SEREMBAN – [DIKEMASKINI] Tiga maut, 10 cedera termasuk dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, pemandu treler, S.Surej 28; pemandu bas, Nor Zaili Nordin 55 dan penumpang bas wanita yang masih tidak diketahui identiti.

Dalam kejadian berkenaan, treler yang membawa muatan kayu dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua kendeaan berkenaan turut melanggar sebuah lori membawa muatan tanah yang diletakkan ditepi jalan yang sedang dalam urusan membuat kerja-kerja pembinaan jalan.

Sinar Harian difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur manakala pemandu treler dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
SH

No comments:

Post a Comment