ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAKTU-WAKTU BAIK UNTUK BERDOA

Friday, 11 July 2014

WAKTU-WAKTU BAIK UNTUK BERDOA


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bulan Ramadhan tahun ini semakin singkat. Bulan penuh keampunan dan kerahmatan yang patut kita rebut semahu-mahunya. Gunakan waktu dalam bulan Ramadhan yang ada untuk beramal sebaik mungkin.

Cuba hindari perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita barulah boleh dapat bonus dalam bulan Ramadhan.


Guna Peluang Waktu Mustajab Doa


Selain membaca Al-Quran,  amalan yang amat dituntut dalam bulan Ramadhan ini adalah berdoa. Berdoalah sekerap mungkin sepanjang hari dalam bulan ini.

Ulama menyusun waktu mustajab doa ini untuk memudah kita beramal. Kita cuma follow sahaja.

Saya ulang lagi, mintalah apa sahaja yang kita mahu. Allah SWT rindukan permohonan doa dan rintihan hambaNya setiap waktu.

Sila kongsikan artikel ini kepada orang lain supaya kita dapat manfaat bersama. Jom tengok dan guna peluang waktu-waktu yang mustajab doa untuk terus berdoa.

Guna Peluang Waktu Mustajab Doa

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB DOA

Waktu sahur dan sepertiga malam terakhir

Hal ini boleh rujuk dalam Al-Quran dimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon kemapunan (Adz Dzariyat;18). Ada hadith yang menyebut bahawa Allah berfirman yang bermaksud : orang yang berdoa kepadaKu, akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepadaKu akan Ku berikan, orang yang meminta ampun dariKu akan Ku ampunkan. (HR Bukhari no 1145)

Waktu berpuka puasa

Dalam hadis riwayat Tirmidzi 2528, Ibnu Majah no 1752 , Ibnu Hibban no 2405 dan disahihkan oleh Al Albani di Shahihkan At Tirmidzi yang bermaksud:
Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doa orang yang berpuasa ketika berpuasa, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi.

Waktu Lailatul Qodar

Memang ramai yang sedia maklum tentang hal ini. Kelabihannya adalah melebihi 1000 bulan bagi orang yang beramal pada malam tersebut.

Waktu azan berkumandang

Selain dianjurkan menjawab azan dengan lafaz yang sama, waktu azan berkumandang juga kita dianjurkan berdoa kerana ia termasuk dalam waktu mustajab doa.


Waktu antara azan dan iqamah

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih”)

Waktu sujud dalam solat wajib

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482)

Waktu sebelum salam dalam solat 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bila doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)


Hari Jumaat

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)

Waktu Hujan Turun

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)

Hari Rabu antara Zohor dan Asar

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu di antara shalat Zhuhur dan Ashar” (HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185)

Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari di mana para jemaah haji melakukan wukuf di Arafah, iaitu pada tanggal 9 Dzulhijjah. Kita dianjurkan memperbanyak doa, baik bagi jemaah haji maupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi)


Waktu Perang

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)


Waktu Minum Air Zam Zam

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bemaksud:
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)

Kesimpulan

Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang. Dia menyedia ruang dan peluang untuk kita memohon apa sahaja yang kita mahukan. Kita hanya perlu berdoa dan berdoa.

Sumber: Peribadi Rasulullah 

No comments:

Post a Comment