ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIDANG MEDIA MAJLIS UNDIAN PIALA MALAYSIA 2014

Sunday 13 July 2014

SIDANG MEDIA MAJLIS UNDIAN PIALA MALAYSIA 2014


KUALA LUMPUR – Semua pasukan bola sepak yang bertanding dalam Piala Malaysia 2014 mempunyai peluang terbuka untuk merebut gelaran juara pada musim ini.

Pada majlis undian di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil hari ini, juara bertahan Pahang dan naib juara Piala FA Felda United FC berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir apabila diundi bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Lions XII FC dalam kumpulan A.

Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan finalis Piala Malaysia tahun lepas, Kelantan akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dalam saingan kumpulan C yang turut diundi bersama pasukan ATM dan Pulau Pinang.

Juara Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan berdepan saingan sengit dengan naib juara Liga Super, pasukan Selangor dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh KL Sime Darby FC dan Terengganu T-Team.

Dalam kumpulan B, Terengganu dan Sarawak berpeluang untuk menempah slot ke peringkat seterusnya berdasarkan prestasi semasa dalam Liga Super yang menyaksikan pasukan tersebut masing-masing menduduki tangga keempat dan ketujuh.

Turut tersenarai dalam saingan kumpulan B ialah Perak dan Kedah.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia dijadualkan bermula 13 Ogos ini.

FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 8 Nov di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment