ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PRAYFORGAZA : MALAYSIA KUTUK SERANGAN UDARA ISRAEL

Thursday 10 July 2014

#PRAYFORGAZA : MALAYSIA KUTUK SERANGAN UDARA ISRAEL


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggesa supaya operasi ketenteraan itu dihentikan.

Najib, dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook semalam, menegaskan bahawa Malaysia kesal terhadap kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan menyeru semua pihak bertenang.

“Keamanan hanya boleh wujud melalui penyelesaian dua negara dan semua pihak harus mematuhi prinsip ini,” kata beliau.

Wanita, kanak-kanak antara 43 korban serangan Israel

BANDARAYA GAZA: Lima belas wanita dan kanak-kanak antara 22 rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza hari ini, menjadikan keseluruhan angka korban kepada 43 orang dalam tempoh dua hari.

Menurut perkhidmatan kecemasan Palestin, lebih daripada 370 orang lagi cedera. 

Dalam sekurang-kurangnya empat serangan hari ini, semua mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. 

Sejak permulaan Operation Protective Edge awal semalam, pesawat Israel membedil 550 sasaran di Gaza.

Sejak tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 48 roket ditembak ke Israel dengan satu mengenai kawasan Tel Aviv. 

Sebanyak 16 lagi roket ditembak jatuh oleh sistem pertahanan Iron Dome dengan dua di ruang udara Tel Aviv.

Semalam, 21 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 17 dalam serangan di Gaza, serta empat pejuang Hamas yang menyusup masuk ke selatan Israel menerusi laut. - AFP

No comments:

Post a Comment