ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELANTAN TURUT BERI BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Thursday 10 July 2014

KELANTAN TURUT BERI BANTUAN KHAS AIDILFITRI


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberi bantuan khas RM500 kepada setiap kakitangannya sebagai persiapan menyambut hari raya Aidilfitri hujung bulan ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu akan dibayar pada 15 Julai ini.

"Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan 10,000 kakitangan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihatkan rakyat negeri ini supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

Beliau juga meminta pelbagai pihak termasuk ibu bapa memberi perhatian dan menghindarkan kes kecederaan anak-anak akibat membakar mercun yang menjadi fenomena setiap kali menjelang musim perayaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment