ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MB KELANTAN AKUI AKTIVITI PEMBALAKAN HARAM TIDAK TERKAWAL

Thursday, 1 January 2015

MB KELANTAN AKUI AKTIVITI PEMBALAKAN HARAM TIDAK TERKAWAL

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui aktiviti pembalakan di negeri itu tidak terkawal akibat didalangi peneroka haram tidak bertanggungjawab.

Akan tetapi, beliau mempertahankan kerajaan negeri yang sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan.

"Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.

"Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menjelaskan, kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu.

Katanya, pihaknya kini dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.

"Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di Kuala Krai dan Gua Musang menjadi faktor penyumbang  terhadap bencana banjir di Kelantan. [ RUNTUHAN KRITIKAL DI JALAN LOJING-BLAU-KUALA BETIS-GUA MUSANG ]

Najib turut menyifatkan banjir buruk yang melanda negeri itu bukan satu fenomena tetapi bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam.

"Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN]

No comments:

Post a Comment