ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHALID TAWAR 3 JAWATAN EXCO PADA ADUN UMNO ???

Monday 11 August 2014

KHALID TAWAR 3 JAWATAN EXCO PADA ADUN UMNO ???


Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) dijangka akan ditawarkan untuk mengisi jawatan ahli Majlis Mesyuarat, Kerajaan Negeri Selangor (Exco) dalam rombakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, ia sebagai balasan kerana menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya difahamkan Tan Sri akan mengadakan rombakan dalam masa yang terdekat sejurus selepas beliau berjumpa dengan wakil-wakil Exco-Exco dari DAP dan PKR.

“Selepas perjumpaan tersebut, Tan Sri  dijangka akan mengugurkan beberapa nama dari DAP dan PKR bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri” katanya kepada SuaraTv sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.

“Selanjutnya, baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tan Sri Menteri Besar” ujarnya lagi.


“Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.

“Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Abdul Khalid di dalam sidang akhbar hari ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memperkenankan beliau untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Beliau turut menjelaskan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau.

Suaratv

No comments:

Post a Comment