ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS NAFI SINDIKET ROMPAK, BUNUH WANITA DI KL

Thursday, 3 July 2014

POLIS NAFI SINDIKET ROMPAK, BUNUH WANITA DI KL

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket yang merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar-khabar angin yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook itu adalah tidak benar.
“Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.
Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota,” tegasnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih.
- Bernama

No comments:

Post a Comment