ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PM @najibrazak GESA SEMUA BAHAGIAN UMNO BUAT SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN

Friday 11 July 2014

PM @najibrazak GESA SEMUA BAHAGIAN UMNO BUAT SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN

PERDANA MENTERI bersama barisan kepimpinan UMNO bersembahyang hajat di PWTC memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.
Semua bahagian Umno di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Palestin daripada serangan rejim Zionis.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno juga akan menghantar bantuan ke Gaza yang kini diserang tentera Zionis.

Beliau berkata Majlis Tertinggi Umno juga turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan keganasan rejim Zionis yang telah mengorbankan nyawa penduduk awam, termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari Jumaat.

Beliau berkata Majlis Tertinggi Umno juga berdiri teguh dan menyokong penuh pendirian kerajaan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata pihaknya telah mengerahkan 40,000 tentera bagi melancarkan serangan darat pula ke Gaza dalam operasi yang digelar ‘Operasi Perlindungan Sempadan’.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment