ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENSYARAH DIKEHENDAKI POLIS 'HILANG' EMPAT MINGGU - UM

Wednesday 2 July 2014

PENSYARAH DIKEHENDAKI POLIS 'HILANG' EMPAT MINGGU - UM


KUALA LUMPUR: Pensyarah yang menjadi buruan polis kerana didakwa terlibat dengan aktiviti militan telah ponteng kerja dan tidak dapat dihubungi selama empat minggu.
Universiti Malaya dalam satu kenyataan berkata, pensyarah, Dr Mahmud Ahmad, 36, tidak hadir dan tidak dapat dihubungi selama empat minggu, serta telah berjanji untuk memberi 'kerjasama' kepada pihak polis.

Polis Malaysia pada Rabu berkata mereka sedang mencari seorang pensyarah universiti dan empat yang lain yang didakwa terbabit dalam aktiviti keganasan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Abu Sayyaf.

Polis berkata lima lelaki yang dikehendaki itu dipercayai berada di selatan Filipina, termasuk seorang pensyarah pengajian Islam dan seorang pemilik kedai alat tulis di Universiti Malaya.

Tiga daripada lelaki itu disyaki terlibat dalam merekrut dan menghantar militan untuk kumpulan Isil, yang telah merampas bahagian-bahagian di Iraq dan Syria, kata polis dalam satu kenyataan.

Dua lagi dipercayai telah menjadi sebahagian daripada sebuah kumpulan pelampau di timur Malaysia dan kini telah menyertai kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina, kata polis.

Polis Malaysia telah menahan lebih daripada 10 orang dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan Islam dan bercadang untuk menghantar pejuang untuk berperang Syria.

Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka disyaki telah menerima latihan ketenteraan di sebuah kem yang dikendalikan oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Filipina tetapi berjaya menyelinap kembali ke Malaysia.
MStar

No comments:

Post a Comment