ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENJAWAT AWAM DAPAT RM500, PESARA KERAJAAN DAPAT RM250 SEBAGAI PERSIAPAN AIDILFITRI.

Wednesday 2 July 2014

PENJAWAT AWAM DAPAT RM500, PESARA KERAJAAN DAPAT RM250 SEBAGAI PERSIAPAN AIDILFITRI.

Sempena Aidilfitri tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran itu akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai depan.
“Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini akan membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,” menurut kenyataan itu.
Najib berkata, kerajaan berharap dengan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi tujuan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment