ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERANA POLIS TRAFIK ENGGAN TERIMA "DUIT KOPI', PESALAH TRAFIK 'PUKIMAK'KAN SURAT SAMAN !!!

Friday 4 July 2014

KERANA POLIS TRAFIK ENGGAN TERIMA "DUIT KOPI', PESALAH TRAFIK 'PUKIMAK'KAN SURAT SAMAN !!!


Apa lagi pemandu yang melakukan kesalahan mahu sebenarnya? Dilepaskan, polis trafik menerima duit rasuah atau polis trafik menjalankan tugas penuh integriti?

Dek kerana seorang anggota polis trafik enggan menerima rasuah, seorang pemandu yang disaman bertindak menulis perkataan lucah p*****k di bahagian ruang tanda tangan surat saman berkenaan.

Memetik entri blog theflyingkick.blogspot.com, seorang pemandu dengan nama Lim Pei Jye dengan kereta jenis Chevrolet telah didapati melakukan kesalahan di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam pada pukul 9.50 pagi.

Anggota polis berkenaan yang bertugas untuk meronda telah menahan kereta berkenaan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat menyala merah di hadapan Hotel Holiday Inn.

Kereta Chevrolet itu telah ditahan di hadapan cafe I Love U dan anggota berkenaan meminta kad pengenalan serta lesen memandu pemandu terbabit.

Pemandu tersebut kemudian memberikan alasan bahawa dia telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan akan memberi duit kopi.

“Ambil duit kopi sudah lah,” katanya.

Biarpun cuba disogok, anggota tersebut enggan menerima rasuah dan terus menulis buku saman.

Ketika buku saman ditulis, pemandu itu terus membebel dan memaki anggota polis trafik berkenaan.

“Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting,” katanya.

Apabila selesa, anggota trafik meminta tandatangan pemandu berkenaan di atas surat saman dan pemandu beredar dalam keadaan marah.

Pemandu tidak bertanggungjawab dan berotak itu sebaliknya menulis perkataan lucah tersebut di ruang tandatangan menyebabkan anggota trafik berkenaan membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.

Seperti soalan penulis di awal artikel tadi, bagaimana sebenarnya pemandu mahu pihak polis bertugas, adakah dengan penuh integriti, sentiasa memberi peluang dengan melepaskan pesalah trafik atau menerima wang rasuah?


No comments:

Post a Comment