ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KD MUTIARA DIKERAH BANTU OPERASI KESAN MH370

Monday 7 July 2014

KD MUTIARA DIKERAH BANTU OPERASI KESAN MH370


Aset Malaysia telah dikerahkan untuk membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan ia dijangka tiba di lokasi pencarian ketika ini pada pertengahan bulan depan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan semalam berkata Jawatankuasa Kerahan Aset telah pun memutuskan senarai peralatan yang akan digunakan Malaysia untuk bantuan tinjauan ‘bathymetric’ itu yang dijalankan.

“Arahan untuk pergerakan aset segera aset telah pun dilakukan dan aset berkenaan dijangka tiba di kawasan mencari pertengahan bulan depan.

“Kehendak operasi aset-aset berkenaan akan dibincangkan bersama dengan Pihak Berkuasa Australia.

“Malaysia terus komited untuk mencari di mana MH370, perlu ditegaskan Malaysia bersama Australia dan China sedang melakukan segala usaha yang mampu untuk mengesan lokasi pesawat itu,” katanya.

Antara aset yang dikerahkan Malaysia ialah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Mutiara, alat pengesan dengan sistem sonar yang dibekalkan secara bersama oleh Petronas dan satu pengesan sonar ditunda dibekalkan oleh Boustead Heavy Industries bersama dengan iXBlue Australia.

Kesemua aset ini akan menyertai sebuah lagi aset Malaysia Bunga Mas 6 yang sudah berada di lokasi pencarian sejak 20 April lepas.

Hishammuddin terus memantau operasi mencari pesawat jenis Boeing 777 itu biarpun baru sahaja meletakkan jawatannya selaku pemangku Menteri Pengangkutan yang diambil alih oleh DatukSeri Liow Tioang Lai minggu lepas.

Pesawat berkenaan hilang dari radar trafik udara pada 8 Mac lepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

No comments:

Post a Comment