ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JOM DERMA !!!

Monday 14 July 2014

JOM DERMA !!!


Assalammualaikum wbt ...

Siapa ada akaun CIMB? Maybank? Bank Islam? RHB? Bank Rakyat? Takkan rata-rata dari kita tak ada salah satu akaun simpanan seperti yang saya sebutkan di atas? Kempen ini mudah saja dan rasanya tak membebankan sesiapa pun. Hanya serendah RM1.00 kita boleh mula berkempen. Hanya SERINGGIT, RM1RM1.00 !!!

KETAHUILAH ...

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah. Atas rasa sikap bertanggungjawab Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!!

Siapa yang rasa ingin menderma boleh terus menyalurkan pelaburan anda di bank-bank berikut atas nama Aman Palestin

1 - Bank Islam : 120 290 100 478 80
2 - Maybank : 5622 6301 0787
3 - CIMB : 8600 4603 53
4 - Bank Muamalat : 1207 0005 1337 17
5 - RHB Bank : 2124 5760 0049 07
6 - Bank Rakyat : 2208 0619 5922

Marilah kita hulurkan bantuan seikhlas dan semampu yang boleh ...

No comments:

Post a Comment