ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GURU KELANTAN TERIMA SUMBANGAN RAYA

Saturday 5 July 2014

GURU KELANTAN TERIMA SUMBANGAN RAYA


TANAH MERAH - Kira-kira 2,200 guru dan kakitangan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Kelantan menerima sumbangan hari raya daripada Umno Bahagian Tanah Merah, di sini, hari ini.

Ketua Umno bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, sumbangan itu sebagai menghargai sokongan guru dan kakitangan sokongan kepada BN pada PRU13 lalu.

Katanya, penerima sumbangan adalah guru dan kakitangan sokongan PPD seluruh negeri ini yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Tanah Merah.

"Tahun ini tahun kedua Umno Bahagian Tanah Merah beri sumbangan hari raya kepada warga pendidik yang mengundi di Parlimen ini dan kita akan jadikan program ini sebagai amalan tradisi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah berkata, demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Sejambak Budi sempena penyampaian sumbangan itu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, dekat sini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussain Awang, Timbalannya, Ab Aziz Abdullah dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah, Che Abdullah Mohd.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ikmal Hisham berkata, pelbagai perancangan dirangka untuk dilaksanakan di Parlimen ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Katanya, pelan perancangan itu termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Dalam tempoh setahun lalu, pelbagai kemudahan telah diluluskan seperti pembinaan jejantas, pemasangan lampu isyarat di simpang empat Bechah Laut, naik taraf Pasar Besar Tanah Merah dan pembinaan pasar baharu Gual Ipoh.

"Misi saya dan Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha sekarang adalah untuk memastikan semua projek pembangunan dan kemudahan yang telah diluluskan ini dilaksanakan," katanya.
SH

No comments:

Post a Comment