ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALLAH BERI REZEKI.., TETAPI KENAPA LAMBAT

Sunday 13 July 2014

ALLAH BERI REZEKI.., TETAPI KENAPA LAMBAT

Allah Memberi Rezeki

Ada persoalan dari seseorang yang saya ambil dari laman sosial.
Saya sudah usaha macam-macam untuk berjaya dalam bisnes tetapi kenapa masih belum berjaya?
Ini jawapan yang patut dia terima. Anda ingat anda hebat sangat ke? Anda ingat anda ke yang Maha Allah Memberi Rezeki? Kerja kita sebagai manusia adalah berusaha dengan ILMU yang betul-betul berkesan tetapi pada masa yang sama, jangan ingat sebab kita ada ilmu dan berusaha itu kita sudah hebat.
Banyak banyaklah mengucap, boleh jadi syirik kalau kita rasa di sebabkan apa yang kita usaha dan maka kita dapat hasil. Ingat semuanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH SWT. Sertai setiap usaha kita selain disertai ILMU, ia mestilah mempunyai pergantungan kuat dengan Allah memberi rezeki, disertai dengan Bismillah, syukur, DOA, Tawakal dan sentiasa buat apa yanh DIA sukai, nescaya Insya Allah DIA akan permudahkan jalan kita.
Cuma mula-mula mungkin DIA akan uji, uji, uji, uji dulu untuk tengok layak ke kita terima rezeki yang lebih banyak. Jika masa miskin sudah berlagak dan tidak suka bantu orang, tidak suka sedekah ikut mampu, mungkin kita tidak layak terima lebih banyak rezeki Nya.
Wallahu A’lam. Percayalah, ada orang buat sedikit, tetapi Allah  memberi rezeki banyak dan barokah kepada DIA, syukur. Ada orang buat banyak, tetapi Allah swt belum buka atau memberi lagi rezeki kepadaNya, pun syukur dan sentiasa muhasabah dan perbaiki diri. Jangan berhenti belajar, jangan berhenti perbaiki iman dan amal kita.
Berusaha mesti ada zahir dan batin. Zahirnya kita berusaha di luar tetapi batinnya, kita berusaha jaga solat 5 waktu, buat solat tahajud, dhuha, taubat, hajat dan istikharah setiap hari. Banyakkan istighfar dan selawat untuk mohon Allah swt lihat kita dan lihat permohonan serta rintihan hati kita.
Sedekah kerana Allah swt sayang orang yang suka bersedekah. Orang yang bersedekah itu kekasih Allah swt ( Ebook Formula Rezeki ).


No comments:

Post a Comment