ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UiTM TERUS KEKAL HANYA UNTUK PELAJAR MELAYU & BUMIPUTRA !!!

Saturday, 14 September 2013

UiTM TERUS KEKAL HANYA UNTUK PELAJAR MELAYU & BUMIPUTRA !!!


Syabas UITM yang tetap bertegas IPT ini hanya untuk pelajar Melayu dan Bumiputra. Persetankan desakan puak2 chauvinis pembangkang dan macai2 nya yang memang tak senang tengok universiti ini banyak membantu anak-anak muda Melayu majoriti luar bandar mendapat pendidikan tinggi.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus dipertahankan bagi menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk orang Melayu dan bumiputera.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, perjuangan UITM untuk meningkatkan jumlah golongan profesional dan separa profesional dalam kalangan masyarakat Melayu serta bumiputera akan diteruskan selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

''Kemerdekaan negara kita dan perjuangan UiTM untuk meramaikan golongan profesional dan separa profesional akan terus diperjuangkan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."

''Bila kita bercerita soal kemerdekaan, perkara itu sinonim dengan perjuangan orang Melayu untuk menjadi bangsa yang disegani di negara ini. Oleh itu kita akan terus mempertahankan institusi UiTM sebagai IPTA untuk orang Melayu dan bumiputera," katanya kepada pemberita dalam Program Semarak Merdeka di Dewan Seri Budiman."

Sahol Hamid berkata, orang Melayu juga perlu mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walaupun ada pihak yang cuba mempertikaikan peranan tersebut.

''Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sejak negara mencapai kemerdekaan sebagai rakyat Malaysia tidak mengira apa bangsa perlu memperjuangkan penggunaan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan di negara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment