ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS JUGA PERLU KAJI KERJASAMA POLITIK DENGAN DAP !!!

Saturday 21 September 2013

PAS JUGA PERLU KAJI KERJASAMA POLITIK DENGAN DAP !!!


Ahli DAP Melayu, Aspan Alias bersetuju jika sekira sekiranya, Pas mahu mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siasi) bersama PKR, namun katanya perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap DAP.
Sebagai ahli DAP, Aspan mendakwa beliau mengetahui perancangan yang dilakukan parti itu untuk menjadikan Pas lemah dalam Pakatan Rakyat.
“Memang patut kaji semula. Pas patut sedar mereka dipergunakan dan menjadi mangsa permainan politik DAP dan PKR. DAP dan PKR tak nak PAS menjadi satu pengaruh yang kuat. Seperti saya yang bergiat sama dengan mereka, saya tahu (agenda mereka).
“Contohnya perutusan Hari Krismas dari Guan Eng, mengapa beliau sebut isu kalimah Allah, sedangkan apabila isu itu disebut, PAS menjadi ‘defensive‘. DAP tak jujur,” katanya ketika ditanya pemberita Antarapos.
Aspan berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib agar Pas mengkaji semula kerjasama politik bersama PKR, setelah merasakan berlaku beberapa perkara yang melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di antara ketiga-tiga parti berkenaan.
Harun turut mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.
Walau bagaimanapun saranan Harun itu tidak disambut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen Marang itu menegaskan tiada keperluan Pas untuk keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat buat masa ini.
Aspan berkata Pas kini terlalu sibuk melayan kontroversi demi kontroversi yang melanda PKR terutama isu membabitkan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikutan itu katanya, PAS dalam separa sedar telah tergelincir daripada landasan perjuangannya sehinggakan banyak keputusan yang dibuat lari daripada prinsip yang dipegang parti itu selama ini.
“Saya rasa Pas banyak terkorban dalam pilihan raya yang lalu dengan permainan Anwar dan DAP. Saya kesian dan bagi saya dalam banyak-banyak yang buruk kena ambil satu yang baik.
“Saya nampak jika parti yang boleh mentadbir adalah Pas. Cuma malangnya kelemahan Pas tak boleh uruskan kejayaan. Dahulu tahun 1999 dapat Terengganu kemudian jatuh, sama juga Kedah. Mereka tak nampak fokus tentang kepentingan mentadbir dengan baik dan betul,” katanya lagi.
AIDCNews

No comments:

Post a Comment