ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE 59 : PAS BESUT CALON NIK AMAR LAWAN MAT SBU !!!

Monday 16 September 2013

MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE 59 : PAS BESUT CALON NIK AMAR LAWAN MAT SBU !!!

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.
Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.
Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.
Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.
Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.
Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Pengaruh Mursyidul Am dijangka memberikan impak besar dalam pemilihan kepimpinan PAS tidak lama lagi.
Media melaporkan pada Sabtu lalu, Nik Abdul Aziz berpendapat Abdul Hadi patut dikekalkan sebagai presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.
Katanya, semua pemimpin PAS perlu mempunyai ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.
Kenyataan Nik Abdul Aziz sekali gus memberi isyarat kepada pewakilan supaya jawatan presiden PAS itu tidak dipertandingkan. 

No comments:

Post a Comment