ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NIK AZIZ MAHU KEPIMPINAN ULAMA TERAJUI PAS !!!

Saturday 7 September 2013

NIK AZIZ MAHU KEPIMPINAN ULAMA TERAJUI PAS !!!


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepemimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.
Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu ‘orang ulama’ menduduki kerusi Timbalan Presiden.
Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.
“Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) Timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi Timbalan.
“Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya."
“Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi Timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri..
Nik Abdul Aziz diminta mengulas kedudukan Abdul Hadi dan proses pemilihan pimpinan Pas pada Muktamar Tahunan parti itu November nanti.
Jelasnya, orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak menyertai parti politik adalah golongan yang tidak punya ‘al-hikmah’ atau kebijaksanaan.
“Mereka berbeza dengan orang Pas yang mana hasil daripada menceburi diri dalam politik sehingga tahu tahaluf siasi. Macam perkara yang kita buat sekarang tanda kita faham cara, kita nak bawa Islam melalui masyarakat jahiliah moden sekarang ini,” katanya.
Pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam Pas iaitu pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama dijangka berterusan pada pemilihan muktamar kali ini.
Kali terakhir pemilihan dilakukan dua tahun lalu menyaksikan penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas dari golongan ulama ketika itu, Nasharudin Mat Isa, kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, tiga lagi pemimpin yang bukan dari latar belakang ulama iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah menjadi pilihan perwakilan ketika itu.
Ketiga-tiga mereka telah menewaskan nama-nama seperti Idris Ahmad, Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin – Utusan

No comments:

Post a Comment