ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL-FATIHAH...MANTAN MB KEDAH, TAN SRI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA.

Thursday 26 September 2013

AL-FATIHAH...MANTAN MB KEDAH, TAN SRI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA.


Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak Bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah. Semenjak semalam media telah melaporkan mengenai keadaan Allahyarham yang dilaporkan agak kritikal susulan masalah jantung.

Perkara itu juga disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir.

Semalam, Ustaz Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Ustaz Azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor. 

Isterinya, Puan Seri Faezah Sheikh Hamzah, mengakui kesihatan Ustaz Azizan semakin tidak stabil sejak seminggu lalu sehingga memaksanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pada 9 Mei lalu, Ustaz Azizan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC), di sini. 

Beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. 

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hadir ke HSB pada kira-kira jam 11.50 pagi bagi melawat jenayah Ustaz Azizan.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum jam 5.30 petang ini.
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن …..alfatihah
Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.

No comments:

Post a Comment