ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "TEKNIK TEPUK BAHU" CURI KAD ATM !! SEBARKAN !!!

Monday 23 September 2013

"TEKNIK TEPUK BAHU" CURI KAD ATM !! SEBARKAN !!!

Apakah yang dimaksudkan dengan Tepuk Bahu?
Tepuk bahu ialah satu taktik memperdaya dengan menepuk bahu mangsa di mesin ATM dan mengambil kad ATM milik mangsa.
Pada kebiasaannya suspek bergerak secara berkumpulan (2 – 3 orang).
1. Mangsa sedang membuat transaksi di mesin ATM akan disapa dari belakang memberitahu bahawa duit mangsa telah jatuh di atas lantai.
2. Apabila mangsa menoleh, kesempatan ini digunakan oleh suspek yang seorang lagi untuk mengambil kad ATM mangsa dan menggantikan satu kad ATM orang lain.
3. Mangsa kemudian membuat transaksi melalui mesin ATM menggunakan kad tersebut tetapi gagal dan pada masa yang sama suspek telah membuat pengeluaran dengan menggunakan kad ATM mangsa.
4. Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang di dalam akaun telah dikeluarkan tanpa kebenaran
Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya jangan melayan sesiapa semasa transaksi dibuat di mesin ATM dan pastikan nombor pin tidak terdedah. – PDRM

No comments:

Post a Comment