ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CHIN PENG MENINGGAL DUNIA DI BANGKOK !!!

Monday 16 September 2013

CHIN PENG MENINGGAL DUNIA DI BANGKOK !!!


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mati di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua mati akibat sakit tua. Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak. 

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh pada awal bulan ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.    

Gesaan itu bagaimanapun dibantah keras oleh NGO PERKASA berpendapat bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas pemberontakan yang dijalankan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment