ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GILA !!! SEORANG BAPA SANGGUP "HEMPAS" ANAK DEMI GAME !!!

Monday, 30 September 2013

GILA !!! SEORANG BAPA SANGGUP "HEMPAS" ANAK DEMI GAME !!!

Gambar Hiasan
Gombak: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan. 

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit. 

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya. 

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

HM

No comments:

Post a Comment