ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MASYARAKAT CINA NEGARA INI SEHARUSNYA SEDAR ANTARA "REALITI DAN FANTASI" !!!

Wednesday 18 September 2013

MASYARAKAT CINA NEGARA INI SEHARUSNYA SEDAR ANTARA "REALITI DAN FANTASI" !!!


Selepas berlakunya tsunami cina yang begitu kuatnya melanda PRU-13 pada bulan Mei lepas yang menggagalkan BN untuk memenangi pilihanraya dengan majoriti 2/3,orang-orang Melayu dan bumiputera yang menyokong BN perlu berbangga bahawa UMNO sebenarnya telah menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada PRU-12.UMNO berjaya meraih dan meningkatkan sokongan orang-orang Melayu terhadap UMNO melalui peti-peti undi di kawasan-kawasan Parlimen yang populasi pengundi majoriti melayunya 70% dan keatas.

Dengar katanya,kini masyarakat cina bila bertemu dengan PM akan rasa malu-malu dan beralih akibat terlalu malu kerana pengkhianatan sokongan masyarakat cina secara besar-besaran terhadap kerajaan BN dan negara.Mereka sedar bahawa kebajikan masyarakat cina sering mendapat perhatian kerajaan terutama dalam isu pendidikan,sosial dan ekonomi.

Tetapi ,mereka tidak dapat tidak menolak tawaran bonanza besar dari DAP dengan bayaran menolak BN pada PRU-13.Kini,masyrakat cina harus bayar apa yang telah mereka sendiri lakukan.Masyarakat cina sepatutnya sudah mula sedar bahawa janji-janji hak kesamarataan kaum yang ditawarkan oleh Anwar dan DAP sebenarnya tidak relevan dalam konteks Malaysia dan ini sudah bercanggah dengan kontrak sosial negara sejak kemerdekaan lagi

Kini kerajaan yang dipimpin PM sebenarnya kerajaan yang berasaskan kepada sokongan besar orang-orang melayu dan bumiputera kita boleh berbangga walaupun tanpa sokongan cina dan kita katakan inilah "Kerajaan Melayu Bumiputera" yang kita akan pertahankan demi kelangsungan agama ,bangsa dan tanah air kita.

No comments:

Post a Comment