ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU KERJASAMA PAS-UMNO : HISHAMUDDIN RAIS KECAM HADI AWANG !!!

Monday 23 September 2013

ISU KERJASAMA PAS-UMNO : HISHAMUDDIN RAIS KECAM HADI AWANG !!!

Pengerusi bersama BERSIH, Hishamuddin Rais mempertikaikan kenyataan terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan kerjasama dengan UMNO.
Hishamuddin yang juga blogger tukartiub.blogspot.com menganggap kenyataan terbaru Abdul Hadi itu sebagai meroyan.
“Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib."
“Tahukah Hadi di mana Najib sekarang,” tulisnya dalam laman mikro Twitter lapor Sinarharian.
Abdul Hadi dilaporkan BERNAMA semalam berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan UMNO termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
“Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang,” katanya.
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
“Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan,” katanya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

No comments:

Post a Comment