ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: OPS CANTAS : SENJATA API DAN PERALATAN BOM DIRAMPAS !!! TAHNIAH @Zahid_Hamidi @pdrm

Thursday 5 September 2013

OPS CANTAS : SENJATA API DAN PERALATAN BOM DIRAMPAS !!! TAHNIAH @Zahid_Hamidi @pdrm


Rampasan senjata api dan peralatan bom telah berjaya dilaksanakan oleh sepasukan polis dari JSJ D9 IPK Kedah dan JSJ Padang Terap  yang telah melakukan serbuan ke rumah kedai (kosong)  di  Batu 27 Jalan Naka Nami (sebelah ABM Restoran) Mukim Tekai Kiri Naka Padang Terap Kedah.

Dalam pemeriksaan tersebut polis menjumpai pelbagai senjatapi dan peralatan membuat bom. 

Antara senjata api dan peralatan bom yang dijumpai adalah :

- Sepucuk pistol semi auto baretta 9mm model 92fs bersama 1 magazine.
- 3 laras rifle auto ak47 kalafnikov 7.62 mm.
- 3 laras rifle auto m4 colt carbine 5.56 mm.
- 1 laras rifle tiada jenama body homemade bersama magazine. 
- 2 unit magazine rifle tiada jenama.
- 4 unit magazine rifle m4 carbine.
- 3 unit magazine ak47
- 1 beg berisi bahan membuat ied.
- 5 guni baja urea.
- 2 bekas minyak berisi peluru pelbagai saiz.

Semoga usaha yang berterusan ini akan dapat membenteras jenayah tembak dan bunuh yang semakin berleluasa.

Tahniah YB DS Zahid Hamidi...
Tahniah IGP...
Tahniah PDRM..

No comments:

Post a Comment