ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAKWAAN PEMBANGKANG MINYAK NAIK AKAN ADA ORANG MATI KEBULURAN ADALAH PEMBOHONGAN MELAMPAU !!!

Friday 6 September 2013

DAKWAAN PEMBANGKANG MINYAK NAIK AKAN ADA ORANG MATI KEBULURAN ADALAH PEMBOHONGAN MELAMPAU !!!



PEMBANGKANG dan benda-benda gila bukan baru.  Dari dulu pun macam itu, dekat-dekat PRU13 bertambah hebat gilanya.  Dari dakwaan ada bangla 40,000 dibawa khas untuk mengundi BN, sehinggalah kepada kononnya berlaku Blackout di tempat pengundian untuk beri kemenangan kepada BN.

Semua ini sengaja direka cipta, semata-mata untuk menutup hakikat yang mereka kalah dan BN menang.

Bila harga minyak naik RM 0.20/liter kelmarin, bertambah-tambah lagi pembangkang gila.  Kenaikan yang membawa kenaikan kos antara RM60 -RM 100 untuk mengisi minyak dalam sebulan itu, direkayaksakan sebagai begitu menzalimi rakyat, termasuklah dakwaan kononnya akan berlaku kebuluran!!

Dakwaan ini penulis terjumpa dalam sebuah blog pro Pakatan Rakyat, yang antara lain menyebut:-

Tambah mengejutkan, Pakatan Rakyat turut difahamkan oleh pihak penyelidik terbabit, sekitar 100-200 ribu orang bakal terdedah kepada masalah kebuluran yang serius akibat peningkatan mendadak harga barang lanjutan dari kenaikan terbaru ini!!

Sejak bila pulak ada berlaku kebuluran di negara ini, setahu penulis, orang di Malaysia ini ramai yang mati sebab penyakit-penyakit yang boleh dikaitkan dengan terlebih makan, bukan sebab kurang makan.

Tapi nampaknya pembangkang peduli apa dengan semua itu.  Yang penting adalah mencari jalan bagaimana nak mengambil peluang dari kenaikan ini untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka yang semakin lama semakin layu, walaupun penulis dah jelaskan semalam bahawa pembangkang secara rasmi tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak pun.

Dia hanya guna nama Pakatan Rakyat - pertubuhan yang tidak didaftarkan secara rasmi.

Walaupun setelah minyak dinaikkan sebanyak RM 0.20, penulis lihat keadaan dalam negara kita masih aman dan berjalan lancar.  Tidak pun berkurang pun jumlah kereta di atas jalan, kesesakan masih seperti biasa dan sebagainya - bukti menunjukkan orang ramai tidak begitu terkesan dengan kenaikan minyak ini.

Lagipun, kalau benar kenaikan ini membebankan seperti yang di dakwa pembangkang, penulis tidak rasa kerajaan akan membiarkan sesiapa pun mati kebuluran, itu kalau betullah kenaikan ini membebankan.

Apa pun, penulis mahu melihat sejauh mana dakwaan pembangkang ini benar bahawa kenaikan harga minyak itu nanti akan menyebabkan kebuluran, kemiskinan dan sebagainya.

Kalau setelah beberapa hari nanti tidak boleh dibuktikan ada rakyat kita yang mati kebuluran kerana minyak naik RM 0.20/liter, maka tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas parti-parti pembangkang ini kerana cuba mencipta suasana yang tidak aman dalam negara.

No comments:

Post a Comment