ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MULTAQA ULAMA PAS : "TAHALUF SIYASI" DENGAN PKR & DAP PERLU DIKAJI SEMULA.

Wednesday 18 September 2013

MULTAQA ULAMA PAS : "TAHALUF SIYASI" DENGAN PKR & DAP PERLU DIKAJI SEMULA.



Setelah selesai Multaqa Ulama PAS di Kota Sarang Semut baru-baru ini, banyak sungguh cakap-cakap yang timbul mengenai resolusi program tersebut khususnya kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, yang mahu partinya mengkaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi yang memungkinkan PAS keluar dari Pakatan Haram dan program yang menghimpunkan lebih 1,000 ulama PAS itu jelas bersemangat apabila majoriti mereka yang hadir mahu PAS kembalikan kepimpinan parti itu pada golongan ulama.

Persoalannya, mengapa perlu dikaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP? Sejak berpeluk dengan dua parti tersebut, apakah pakatan pembangkang itu membawa kemudaratan pada PAS? PAS baru nak sedar tentang perkara itu?

Sebenarnya sudah berkali-kali PAS diberitahu bahawa “tahaluf siyasi”nya dengan PKR dan DAP membawa kerugian besar pada parti itu. Dasar PAS langsung tidak dipandang sahabat “syaitan”nya, malah dasar perjuangan utamanya selamba dicantas.

Kalau diteliti kandungan intipati buku “jinggay” karangan Anwar dan DAP, kita dengan jelas boleh melihat bagaimana dasar PAS dinafikan. Malah beberapa dasar kecil PAS hanya dinyatakan secara liberal dan umum di dalam “kitab suci” Pakatan Haram itu.

Mungkin risau hilang undi golongan bukan Islam, PAS hanya mampu menganggukkan kepala.  Mungkin pada PAS, biarlah mereka hilang perjuangan dan tercemar maruah Islam asalkan mereka dapat kerusi di Parlimen dan DUN?

Antara “tahaluf siyasi” PAS yang terhebat ialah mengenai kalimah “Allah”, perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Kalimah “Allah” telah digadaikan dan PAS hanya buat “U-turn” ketika PRU ke-13 begitu hampir diadakan. Nampak sangat tidak ikhlas!

“Negara Islam” berkubur lebih awal. Nik Aziz cuba menjustifakasikan kononnya Negara Islam terkandung di dalam Negara Kebajikan yang diwar-warkan Pakatan Haram. Pelik! Setahu saya, “kebajikan” itu yang terkandung di dalam Islam dan bukan sebaliknya!

Bukankah Islam itu syumul dan segala-gala di dunia ini semuanya terkandung di dalamnya, termasuk “kebajikan”. Tapi mungkin Nik Aziz “terlebih ulama”, maka dia letakkan Islam di dalam kebajikan! Entah dari Tok Guru mana dia belajar, saya kurang pasti…

Hukum Hudud? Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin sendiri menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mengatakan PAS mahu melaksanakan hukum hudud. Katanya, PAS sejak dari awal penubuhannya “tidak pernah memperjuangkan hudud” di dalam perlembagaannya!

Itulah “harga” yang perlu dibayar PAS bila bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Harun Taib tahu dan sedar hakikat itu. Namun apakan daya, Mustapha Ali lebih besar kuasa dan pengaruhnya sehingga mampu memansuhkan kenyataan Dewan Ulama PAS.

Saya yakin, walaupun semua golongan ulama di dalam PAS mahu parti itu keluar dari Pakatan Haram, PAS takkan berbuat demikian. PAS mungkin akan terus kekal bersama PKR dan DAP.


Teresa: Pas perlu kekal dalam PR
SHAH ALAM – Pas tidak akan mampu memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya tidak bekerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Beliau yang mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaaluf siyaasi) Pas dalam PR berharap parti itu membuat pertimbangan yang bijak.

Teresa berkata, Pas sangat penting di dalam PR dan tiada satu pun parti politik di negara ini boleh mencapai matlamat tanpa bekerjasama dengan parti lain.

“Sekiranya Pas mempunyai matlamat perjuangan jangka panjang maka adalah wajar bagi parti tersebut untuk terus berada di dalam PR.

“Apabila pemimpin Pas buat kajian tentang kebaikan dan keburukan untuk berada di dalam PR saya berharap mereka boleh mempertimbangkan mengenai perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan Pas untuk menang dan menarik sokongan kuat pengundi bukan Islam serta bukan Melayu jika keluar daripada PR, seperti mana berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“Pas mendapat sokongan yang meningkat di Selangor kerana pengundi bukan Melayu memberi sokongan kepada Pas dan PR.

“Jadi apakah Pas mampu menang banyak kerusi sekiranya ia keluar daripada PR?” tegasnya. SH

No comments:

Post a Comment