Pada masa ini, subsidi minyak dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.
Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih, dengan mensasarkan DAN memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.
MENGAPA HARGA MINYAK NAIK?
1) Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.
2) Pada masa ini, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95, dan RM1.00 seliter bagi diesel.
3) Jumlah subsidi bahan api yang ditanggung oleh kerajaan bagi tahun ini adalah RM24.8 billion, jumlah yang sangat besar sedangkan jumlah yang sama boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain.
APA YANG RAKYAT AKAN DAPAT?
1) Kerajaan akan MENINGKATKAN pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet.
2) Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan.
3) Projek Mass Rapid Transit (MRT) Jajaran 1, 2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang.
4) Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
No comments:
Post a Comment