ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAYAT CHIN PENG DIBAKAR MINGGU DEPAN DI BANGKOK.

Thursday 19 September 2013

MAYAT CHIN PENG DIBAKAR MINGGU DEPAN DI BANGKOK.


PETALING JAYA: Mayat Chin Peng akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di tokong Wat That Thong, Bangkok minggu depan.
Pembantu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Paul Chin berkata mayat akan dibawa ke tokong untuk upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada pagi Isnin. Ia diikuti dengan pembakaran pada sebelah malam.
Pemimpin komunis itu meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pagi Isnin. Beliau berusia 89 tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini.
Paul Chin berkata, Abdullah CD adalah antara ahli-ahli parti dan bekas pemimpin-pemimpin yang akan menghadiri pengebumian.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin pembangkang terus merayu kepada kerajaan untuk membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: “Perkara lepas biarlah berlalu."
“Jelas sekali rakyat secara umumnya menolak ideologi komunis. Walau bagaimanapun, mendiang Chin Peng akhirnya memilih jalan keamanan selepas gagal mencapai persetujuan dalam Rundingan Baling pada tahun 1955.” 
– Mstar

No comments:

Post a Comment