ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 10 GAMBAR KEBAKARAN DI BAZAR HAJI IBRAHIM, RANTAU PANJANG (VIDEO INSIDE)

Monday 5 January 2015

10 GAMBAR KEBAKARAN DI BAZAR HAJI IBRAHIM, RANTAU PANJANG (VIDEO INSIDE)

Hari ini penduduk di Rantau Panjang di kejutkan dengan kebakaran di Pasar Rantau Panjang, yang mana beberapa buah kedai yang menjual berbagai alatan hangus terbakar. 

Pada 7 Januari 2014 penduduk Rantau Panjang di kejutkan dengan kebakaran besar yang memusnahkankan deretan kedai di Pekan Rantau Panjang.

Setelah hampir setahun tragedi tersebut, kini ianya berulang lagi, namun kebakaran kali ini tidak lah seteruk yang berlaku pada 07 Jan 2014 kerana pihak bomba sempat memadamkan kebakaran tersebut dari merebak dengan pantas.

Kepada penduduk Rantau Panjang...mungkin ada hikmah apa yang berlaku semoga mereka semua tabah dengan segala dugaan ini.


[UPDATE]KOTA BHARU - Kira-kira 20 buah kedai sederet di Bazar Haji Ibrahim di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas, musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Deretan kedai itu menjual pelbagai barangan termasuk pakaian dan peralatan dapur.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Azmi Osman berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor dihantar untuk memadamkan kebakaran itu dalam kejadian jam 1.50 petang.

“Kita turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat dari Sungai Golok (selatan Thailand) anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan api berjaya dikawal dalam masa 90 minit manakala punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
VIDEO KLIK SINI









No comments:

Post a Comment