ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAMSUNG GALAXY NOTE4 DIJUAL MULAI JUMAAT INI !!!

Wednesday 15 October 2014

SAMSUNG GALAXY NOTE4 DIJUAL MULAI JUMAAT INI !!!


Samsung Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.

Gear Circle, merupakan antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari, katanya.

Presiden syarikat Lee Dong Yong berkata: "Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami.

Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian mereka.

Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Oktober di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.

Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas.

No comments:

Post a Comment