Pengalaman gembira seorang wanita selepas pulang bercuti dari Asia Tenggara bertukar mimpi ngeri apabila menemui seekor lintah berada di dalam hidungnya sejak lebih sebulan lalu.
Menurut laporan Straits Times, Daniela Liverani, 24, dari Scotland EDINBURGH percaya haiwan sepanjang kira-kira 7.5 sentimeter itu masuk ke dalam hidungnya ketika berada Vietnam atau Kemboja ketika sedang berenang.
Pada awalnya, dia menyangka hidung berdarah berterusan yang dialami berpunca daripada saluran darah pecah akibat kemalangan motosikal ketika percutiannya itu.
"Ketika sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah dan saya boleh lihat ia melekat pada hujung hidung saya. Sebelum ini saya sangka objek hitam di dalam hidung itu adalah darah beku, tetapi selepas melihat dengan lebih dekat di cermin, baru saya sedar ia sebenarnya seekor haiwan," katanya.
Penuntut berusia 24 tahun itu cuba membuang ‘darah beku’ itu daripada hidungnya, sebelum menyedari ia adalah seekor lintah.
Penuntut berusia 24 tahun itu cuba membuang ‘darah beku’ itu daripada hidungnya, sebelum menyedari ia adalah seekor lintah.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital, sebelum doktor membuang lintah berkenaan daripada hidungnya.
“Saya sangat sengsara ketika itu. Saya dapat rasakan lintah berkenaan mencengkam dinding hidung saya, ketika doktor cuba menariknya keluar.
“Selepas seketika, kesakitan itu hilang dan saya nampak lintah berada di penyepit yang digunakan doktor,” katanya.
Menurut doktor, jika Liverani terlewat membuat pemeriksaan, lintah itu berkemungkinan boleh masuk ke dalam otaknya.
No comments:
Post a Comment