Masih ada lagi tindakan provokasi yang dilaungkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ke atas umat Islam dengan pelbagai cara demi untuk mewujudkan sentimen kebencian ke atas agama suci itu.
Di laman Facebook, umat Islam yang marah telah menyebarkan status seorang wanita yang ingin mencari ketenangan di dalam hutan ekoran di luar banyak sangat kedengaran suara orang Melayu panggil Tuhan.
Dalam maksud yang ingin disampaikan, si wanita berjiwa DAP ini berasa rimas mendengar suara azan yang dikatakan dia sebagai suara orang Melayu memanggil Tuhan.
Betapa kurang ajarnya dia, sudahlah tidak tahu kenapa perlunya azan dan fungsinya dia ikut sedap otak dan tangan menaip status di Facebook ikut sesuka hatinya.
“Perlukan rehat di dalam suasana yang tenang, dalam hutan lagi bagus.. Dekat luar bunyi bising melayu panggil tuhan.
“Setiap kali perlu bersembahyang haru panggil tuhan? terlalu bising, tolong diamlah,” kata wanita itu.
Ikutkan hati, nak je penulis tayangkan identiti wanita ini bagaimanapun ada kemungkinan ini bukan status miliknya atau akaun palsu menggunakan nama dan wajah orang lain.
Bagaimanapun, pihak yang melakukan tindakan ini memang tidak patut dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan menyiasat perkara ini.
Azan ialah untuk memanggil orang Islam untuk ke masjid bersolat dan juga memaklumkan bahawa ia sudah masuknya waktu solat dalam lima waktu solat umat Islam sehari semalam.
Azan itu bukannya suara orang Melayu panggil tuhan.
MYNEWSHUB.MY
No comments:
Post a Comment