ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KTM INTERCITY TERGELINCIR DARI LANDASAN

Tuesday, 8 July 2014

KTM INTERCITY TERGELINCIR DARI LANDASAN


KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Intercity di sektor pantai timur terjejas berikutan insiden sebuah tren dari KL Sentral ke Tumpat tergelincir di kilometer 80.0 antara Kemayan dan Triang pukul 1.50 pagi ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media memberitahu, salah satu gerabak tren No.28 Ekspres Wau yang tergelincir dari landasan itu membawa seramai 200 penumpang.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan. Perkhidmatan tren lain yang terjejas akibat kejadian itu adalah Tren No.29 (Tumpat – KL Sentral), Tren No.26, No.27 dan No.92 (Woodlands – Tumpat),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang yang terjejas akibat kejadian itu boleh mendapat pemulangan tambang untuk perkhidmatan yang dibatalkan atau menukar semula tarikh perjalanan.

Jelas kenyataan itu, kerja-kerja baik pulih landasan sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 1300-88-5862.

No comments:

Post a Comment