ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHALID IBRAHIM BIDAS ANWAR CAMPURTANGAN ISU NEGERI SELANGOR

Monday 7 July 2014

KHALID IBRAHIM BIDAS ANWAR CAMPURTANGAN ISU NEGERI SELANGOR


Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Anwar Ibrahim supaya tidak mengkritik dan mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sewenang-wenangnya. 

Khalid juga mahu Anwar sedar bahawa kerajaan negeri tidak boleh membuat perubahan sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak. Khalid juga mendedahkan bahawa kewibawaan Anwar selaku Ketua Umum juga dipersoalkan oleh ahli serta pemimpin PKR selama ini. 

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya. "Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini.

Sebelum ini, Anwar mengkritik pentadbiran Khalid yang dikatakan agak lemah didalam isu pembinaan lebuhraya Lidex serta isu konsesi air. Menurut Anwar, sebagai Ketua Umum Keadilan Rakyat beliau sebenarnya merasa amat bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. 

Beliau menyifatkan bahawa Khalid gagal dalam menangani masalah berkenaan isu pembinaan lebuhraya Lidex serta konsesi air yang sekali gus membuktikan Khalid gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik. Menurut Khalid, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk mencari jaln penyelesaian.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi. "Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya. Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

Khalid menyifatkan tindakan beliau dalam mentadbir negeri Selangor adalah dengan mendahulukan rakyat dan setiap keputusan yang dibuat adalah mendahulukan rakyat. "Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak. "Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment