ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : USTAZ KAZIM ELIAS UMUM KELUAR PAS !!!

Monday 2 December 2013

TERKINI : USTAZ KAZIM ELIAS UMUM KELUAR PAS !!!



Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Muhamad Kazim Elias mengumumkan keluar PAS serta merta selepas kecewa dengan parti itu yang sering menghentam dan melabelkan dirinya dengan panggilan kurang enak dan hina. 

Beliau juga menafikan tindakan itu diambil bukan selepas menerima tawaran Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri.

Ditanya mengenai sama ada beliau menerima tawaran MT, Kazim menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pengumuman itu selepas ini. 

Beliau juga memaklumkan berpuas hati dengan penerangan Najib berkenaan peranan dan tanggungjawabkan sekiranya berada dalam MT. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib di Parlimen sebentar tadi. Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira satu jam. 



Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias hari ini memgumumkan keluar daripada Pas kerana kecewa dengan sikap parti tersebut yang menuduhnya 'barua UMNO'.
"Saya kecewa dengan Pas kerana saya disebut barua UMNO," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini selepas selesai berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penceramah rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis ini mula mendapat perhatian kerana merupakan antara sembilan yang dilantik membarisi kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi  UMNO.

Artikel Berkaitan

Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment