ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KUWAIT USIR ULAMA SYIAH KERANA HINA NABI SAW & SABAHAT.

Friday 13 December 2013

KUWAIT USIR ULAMA SYIAH KERANA HINA NABI SAW & SABAHAT.


Kerajaan Kuwait baru-baru ini mengusir seorang khatib Syiah dari negaranya kerana menghina dan mencemarkan Sahabat Nabi radhiyallahu anhum.

Kuwait menilai, khatib tersebut telah mencipta rasisme di salah satu negara Teluk tersebut. "Kementerian telah mengambil keputusan untuk mengusir da'i Syiah Hussain Faheed dari Kuwait pada Khamis 7 November, kerana telah mencemarkan nama para sahabat Rasulullah S.a.w," kata Kementerian Dalam Negeri Kuwait dalam sebuah kenyataan.

Kementerian menjelaskan pengusiran terhadap Faheen dilakukan kerana dia melakukan penghinaan dan pencemaran terhadap para Sahabat Nabi s.a.w ketika menyampaikan ceramah agama di pelbagai tempat di Kuwait.

Ceramah-ceramah yang mengandungi penghinaan terhadap Sahabat tersebut kemudian disebarkan melalui pelbagai media dan cara komunikasi media sosial. "Oleh sebab itu, Kementerian memutuskan untuk mengusir Faheed dari Kuwait," tegas kenyataan Kementerian Dalam Negeri Kuwait.

Langkah tersebut diambil untuk mencegah pintu fitnah dan menjaga persatuan warga Kuwait. Kebaradaan orang-orang seperti itu, tambahnya, akan memberi kesan negatif kepada keselamatan awam.

"Kementerian akan mengambil langkah tersebut pada pagi Khamis untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," tambah Kementerian.

Hussain Faheed adalah seorang khatib di salah satu masjid Syiah di bandar Ahsa, Kuwait. Dalam setiap khutbahnya, beliau sering melontarkan pernyataan-pernyataan yang menghina dan mencemarkan para Sahabat nabi radiyallahu anhum. 

Ceramah-ceramah Faheed yang tersebar luas di internet menimbulkan badai kemarahan warga Kuwait yang majoriti Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Mereka mendesak kerajaan untuk segera mengusir da'i Syiah tersebut dari negara mereka.

Kuwait yang merupakan salah satu anggota negara Teluk bersikap tegas terhadap mazhab Syiah di negaranya. Kuwait menilai Syiah sebagai ancaman yang boleh membahayakan keutuhan negara.
sumber

No comments:

Post a Comment