ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UPDATE INFO TERKINI #Banjir2013 .

Wednesday 11 December 2013

UPDATE INFO TERKINI #Banjir2013 .


PAHANG


Banjir di Kuantan makin pulih
KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan dan sehingga jam 6 petang semalam, 7,582 mangsa masih berada di 110 pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga semalam, seramai 1,791 keluarga melibatkan 96 kampung belum dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Menurutnya, di Kuantan bilangan mangsa berkurang menjadi 2,061 daripada 432 keluarga dari 11 kampung.

Dua daerah menunjukkan peningkatan bilangan mangsa iaitu Pekan seramai 3,243 dan Bera seramai 317 mangsa

Manakala daerah Temerloh seramai 884 mangsa, Maran 699 orang, Rompin 33, Jerantut 329, Lipis 16 orang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai pada waktu pagi dalam dan sepanjang hari dalam tempoh seminggu bermula semalam.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Pahang  membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin pada esok dan lusa dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Kelajuan angin di kawasan perairan Pahang pula dijangka di antara40 hingga  50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak di antara 2.5 hingga 3.5 meter yang membahayakan bot kecil.

Kelajuan angin dijangka berterusan sehingga Isnin depan diiringi hujan di satu dua tempat selama beberapa hari sehingga Isnin depan.

Mengikut ramalan, cuaca di Kuantan dalam tempoh seminggu pula hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana pada waktu pagi, petang dan malam dengan suhu maksimum sehingga 30 darjah Celsius.  - Bernama


TERENGGANU


Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat
Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam tadi.

Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Setakat 8 pagi ini, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).  - Bernama

18 jalan ditutup sementara di Terengganu
Sebanyak 18 jalan ditutup sementara akibat dinaiki air sehingga pukul 9 pagi ini di beberapa daerah yang dilanda banjir di negeri ini.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri memaklumkan, daripada jumlah itu, 10 daripadanya adalah jalan di Hulu Terengganu, tiga jalan di Setiu, masing-masing dua jalan di Kemaman dan Marang serta sebatang jalan di Dungun.
 
Katanya, jalan yang terpaksa ditutup untuk laluan kenderaan di Hulu Terengganu ialah Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Pengkalan Ajal, Kilometer 7.2 Jalan Bukit Diman-Felda Tersat, Jalan Felda Mengkawang Tersat, Jalan Kampung Gaung-Kuala Jeneris, Jalan Kampung Kepah-Payang Kayu, Jalan Matang-Sungai Tong, Jalan Matang-Kuala Telemong, Jalan Matang-Kampung Nibong, Jalan Kampung Jak-Kuala Kejir dan Kilometer 7, Jalan Kuala Berang-Pasir Tinggi (jambatan runtuh).
 
Sementara itu, jalan lain yang ditutup ialah Jalan Pelong-Sungai Tong, Jalan Gong Terap-Telaga Papan dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu, Jalan Chukai-Air Putih (Kampung Sungai Pinang) dan Jalan Chukai-Air Putih (Kampung Paman) di Kemaman, Jalan Pengkalan Berangan-Temala dan Jalan Pulau Kerengga-Pengkalan Berangan (Marang) serta Jalan Durian Mentangau di Dungun.

No comments:

Post a Comment