ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA BUKTI TELEFON BIMBIT YANG DIGODAM BOLEH GANTI KAD "TOUCH N GO" !!!

Tuesday 24 December 2013

TIADA BUKTI TELEFON BIMBIT YANG DIGODAM BOLEH GANTI KAD "TOUCH N GO" !!!

Telefon Pintar Tidak Boleh Digodam Untuk Lepasi Palang Tol - Touch n' Go
Pengendali sistem tanpa tunai, Touch n’ Go berkata telefon pintar yang digodam tidak boleh digunakan sebagai pengganti kepada kadnya, sekaligus mengetepikan penyebaran rakaman video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan telefon bimbit sebagai pengganti kepada penggunaan kad Touch n’ Go.
“Sehingga hari ini, tiada bukti yang menunjukkan telefon bimbit boleh digunakan sebagai peranti untuk melangkaui sistem berkenaan,” kata wakil syarikat berkenaan pada Isnin.
Wakil berkenaan berkata demikian sebagai mengulas penyebaran rakaman video yang dimuatnaik di laman sosial Facebook minggu lalu yang memaparkan aksi seorang lelaki menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk melepasi palang di sebuah plaza tol yang tidak dikenalpasti.
Klip video berdurasi 45 saat itu, menunjukkan aksi seorang pemandu kereta memegang telefon pintarnya sebaik sahaja keretanya tiba di plaza tol.
Pemandu berkenaan melekapkan telefon pintarnya di laluan pengimbas Touch n’ Go.
Berikutan penyebaran video berkenaan, Touch n’ Go menjalankan siasatan terhadap kesahihan video berkenaan.
“Kita mendapati video berkenaan tidak mendedahkan sebarang unsur yang mencurigakan kepada sistem kita,” wakil berkenaan.
Wakil tersebut menambah ‘setiap aktiviti’ berkaitan dengan sistem berkenaan sentiasa dipantau diberi pengawasan secara berterusan serta memberi jaminan kepada orang awam bahawa integriti sistem berkenaan kekal utuh.
Bagaimanapun, Touch ‘n Go menggesa orang ramai mengemukakan sebarang “jenayah atau salah laku kepada” corpcomm@touchngo.com.my. 
– Mstar.com.my

No comments:

Post a Comment