ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AMARAN @pdrm KEPADA PESERTA HIMPUNAN GULING KERAJAAN / TURUN !!!

Saturday 28 December 2013

AMARAN @pdrm KEPADA PESERTA HIMPUNAN GULING KERAJAAN / TURUN !!!

Dato’ Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah membuat sidang media berkenaan Larangan Mengadakan Perhimpunan Haram, turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. butiran sidang media adalah seperti berikut
LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN
28 Disember 2013 – Ketibaan Tahun Baru 2014 tentunya akan disambut meriah di seluruh dunia. Rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada amalan saban tahun tersebut. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baru 2014, yang akan dimulakan pada waktu petang 31 Disember 2013 dan dijangka berakhir di awal pagi 1 Januari 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Banyak aktiviti sambutan telah dirancang di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara lokasi sambutan di Kuala Lumpur adalah :
• Dataran Putrajaya (anggaran kehadiran 100,000 orang)
• Dataran Merdeka (anggaran kehadiran 20,000)
• Bukit Bintang (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• KLCC (anggaran kehadiran 30,000 orang)
• Terminal TBS Sg. Besi (anggaran kehadiran 2,000 orang)
• Publica Solaris Dutamas (anggaran kehadiran 1,000 orang)
• Desa Park City Kepong (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• Taman Tasik Titiwangsa (anggaran 3,000 orang)
• Happy Court City Kepong Baru (anggaran 1,000 orang)
Pada masa yang sama, pihak Polis juga telah mendapat maklumat serta risikan termasuk laporan-laporan Polis menunjukkan bahawa satu perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat oleh Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan beberapa NGO di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut. Dipercayai juga, mereka ini turut mengambil kesempatan untuk berhimpun dan melahirkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan seterusnya menimbulkan kekacauan.
Kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini telah mewawarkan dalam laman-laman web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan tersebut. Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan.
Tidak dinafikan juga, bahawa kumpulan ini akan turut melakukan kekecohan apabila hadir dengan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka, membawa peralatan / senjata merbahaya seperti bom tangan, mask gas malah mereka juga sanggup merempuh halangan dan bertempur dengan pihak Polis serta lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang. Dikhuatiri tindakan kumpulan ini akan mendatangkan ketegangan serta menggangu keselesaan orang awam.
Terdapat banyak Laporan Polis di seluruh Malaysia telah diterima berhubung bantahan terhadap perhimpunan tersebut. Daripada laporan tersebut, 2 kes telah dibuka untuk siasatan bersabit Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Sehingga kini seramai (2) orang telah ditahan iaitu Ismawi Bin Hadeni (KP : 880727-13-5773) dan Muhammad Azan bin Safar (891121-14-6703).
Setakat ini, Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak Penganjur untuk mengadakan perhimpunan ini. Justeru, penganjuran perhimpunan ini adalah menyalahi undang-undang dan sesiapa sahaja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang termaktub.
Amaran Polis Kuala Lumpur :
Orang ramai diberi amaran supaya tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan ini, kerana ianya menyalahi undang-undang dan kekecohan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir dengan semangat dan harapan agar dapat menyambut tahun baru dengan kegembiraan dalam suasana yang aman damai.
Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Jalan-jalan yang ditutup :
Bagi memastikan lalulintas berjalan lancer dan orang ramai selesa, beberapa jalan akan ditutp. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah seperti berikut :
• Jalan Raja : ditutup mulai 12.00 tengah malam 30 Disember 2013
• Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja : ditutup mulai jam 6.00 petang pada 31 Disember 2013.
Orang ramai dinasihatkan supaya :
• menggunakan jalan – jalan alternatif dan elakkan dari menggunakan jalan – jalan yang terlibat dengan penutupan atau pelencongan.
• Sila gunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.
• sentiasa patuhi peraturan lalulintas dan arahan anggota polis yang bertugas.
(Facebook PDRM)

No comments:

Post a Comment