ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH : LIHATLAH APA YANG TERJADI DI ATAS PUSARA AMMAR SELEPAS 36 HARI KEMATIAN ARWAH !!!

Friday, 13 December 2013

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH : LIHATLAH APA YANG TERJADI DI ATAS PUSARA AMMAR SELEPAS 36 HARI KEMATIAN ARWAH !!!

DALAM KENANGAN
AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM AB RAHMAN
1993 - 2013
Malaysia dikejutkan dengan kematian Mohd Amar yang mana mendapat penghormatan yang tertinggi ditanah penjuang islam. Kematian arwah ditangisi oleh banyak pihak didalam dan luar negara.
Satu kejadian dengan IZIN  ALLAH telah berlaku diatas pusara arwah. Subhanallah Maha Suci ALLAH yang mengizinkan semua ini berlaku.
Subhanallah! Sesuatu Terjadi Di Atas Pusara Almarhum Ammar Selepas Pemergiannya. Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad AmmarPemergiannya cukup dirasai kerana jasa Almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ammar antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah menziarahi pusara arwah di Turki
Subhanallah!!! Bunga-bunga di atas pusara arwah kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini.
kubur
HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.
Ahmad Ammar MENINGGAL DUNIA dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.
Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Almarhum Ammar, Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak. 
AMINAMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN SEMOGA ALLAH KABULKAN DOA KAMI INI !!!


Credit : 

No comments:

Post a Comment